Oleh. Huzera Ben
Brazil. Pertambahan pelbagai virus Covid 19 yang meragut jutaan nyawa seluruh dunia terus menakutkan bukan sahaja negara negara maju malah turut merebak diseluruh negara negara membangun dengan hanya bergantung dengan pengeluar pelbagai jenama vaksin tanpa sebarang ubat rasmi pemusnah virus tersebut.
Rekod dunia hari ini mencatatkan kematian serangan virus Covid 19 melebihi 5,966,239 orang manakala jangkitan lebih 431,771,134 orang sementara jumlah masih dalam rawatan lebih 75,466,587 orang sejak tahun 2019 sehingga hari ini February 2022.
Berdasarkan rekod diperolehi Amerika Syarikat mencatatkan kematian serangan virus Covid 19 lebih 959412 orang sejak 2019 sehingga ke hari ini, ia disusuli negara Brazil lebih 644,362 orang sementara negara India lebih 512,141 orang sepanjang tempoh yang sama.
Bagi negara Rusia kes kematian yang dicatatkan serangan virus Covid 19 sejak tahun 2019 sehingga hari ini lebih 346,235 orang, dinegara Mexico lebih 315,688 orang manakala negara Peru melebihi 209,468 orang kematian sepanjang tempoh yang sama.
Turut mencatatkan kematian terbanyak korban virus Covid 19 ialah negara United Kingdom lebih 160,581 orang, disusuli negara Sepanyol lebih 159,605 orang, manakala negara Itali merekodkan lebih 152,989 orang.
Turut mencatatkan kematian serangan Covid 19 ialah negara negara membangun seperti Indonesia melebihi 146,541 orang manakala negara negara Colombia merekodkan kematian serangan Covid 19 lebih 138,106 orang juga tempoh tahun 2019 sehingga pada masa hari ini.
Negara Perancis turut merekodkan sejumlah 136,514 orang sahaja sejak tahun 2019 sehingga hari ini, rekod kematian serangan Covid 19 juga dicatatkan dikawasan Iran melebihi 135,276 orang.
Dalam berlumba lumba menggunakan pelbagai jenis vaksin terhadap semua lapisan masyarakat disetiap negara, virus Covid 19 terus membunuh lebih 125,278 orang dalam negara Argentina, disusuli negara Jerman lebih 121,891 orang, negara Poland merekodkan kematian serangan virus Covid 19 lebih 109,833 orang dan negara Ukraine mencatatkan kematian lebih 104,654 orang sejak tahun 2019 sehingga hari ini tanpa berhenti .
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan