Ahad, 13 Februari 2022

MENGAPA LANGGAR SOP? 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Sabah. Masaalah perl

anggaran SOP yang dikenakan bagi memutuskan rantaian covid 
19 masih menjadi tanda tanya bukan sahaja keatas masyarakat berbilang bangsa malah turut membimbangkan terhadap kerajaan yang mendepani peningkatan Covid sejak beberapa hari lalu. 

Antara yang dikesan berlaku didalam negeri Sabah ialah menyisip tali penghadang bagi mengelak pemeriksaan suhu serta kad vaksinasi disetiap pintu masuk pasar mini disamping tidak memakai pelitup muka semasa berjalan dikhalayak ramai mahupun diperhentian bus yang menjadi tumpuan umum setiap hari umpama golongan terlibat tidak lagi dijangkiti virus Covid 19 sepanjang masa. 

Majoriti penduduk yang ditemui kesal dengan perilaku masyarakat seumpama bagaikan mereka langsung tidak mempunyai tanggungjawab melindungi nyawa orang lain dari jangkitan virus Covid 19 walaupun setiap hari diperingatkan dalam berita elektronik mahupun akbar akbar bercetak namun kedegilan terus dilakukan. 

Sehubungan dengan pendedahan ini, semua lapisan masyarakat boleh berhubung dengan jabatan kesihatan berhampiran bagi mengetahui kesalahan melanggar SOP dikhalayak ramai tanpa bersembunyi dengan kesalahan yang dilakukan. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan