Isnin, 7 Februari 2022

KAJI PENINGKATAN COVID 19 

Oleh. Williem Anak Lagau

Sabah. Peningkatan Covid 19 dalam negeri ini perlu kajian lebih terperinci semua SOP yang telah ditetapkan sejak dari awal serangan virus Covid 19. 

Peningkatan kes sebaik sambutan suntikan vaksin dan Boster penggalak perlu diberi perhatian sirius dimana kes jangkitan terus meningkat sejak beberapa hari lepas lapor beberapa aktivis masyarakat yang terkilan peningkatan tersebut.

Peningkatan kes dalam Sabah hari ini 1,600 orang merupakan satu tahap yang perlu diberi perhatian dan memperketatkan lagi SOP keatas setiap lapisan masyarakat  agar jangkitan dapat dikurangkan pada masa akan datang. 

Menurut aktivis masyarakat tempatan, kebebasan orang berkumpul berdekatan ditempat awam disamping majoriti bus mini pengangkutan awam sentiasa penuh 13 penumpang setiap kali berjalan perlu dikawal oleh petugas keselamatan jika tidak mahu berulang Covid 19 melebihi 3,000 orang setiap hari ujar mereka. 

Penguatkuasaan pemakaian pelitup muka juga perlu dipertingkatkan setiap orang yang berada dikhalayak ramai bagi mengelak penularan jangkitan virus covid 19 jelas aktivis masyarakat hari ini. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan