Selasa, 1 Februari 2022

Berita Ringkas 

COVID 19 TERUS MEMBUNUH 

Oleh. Huzera Ben 

New York. Dalam sambutan Gong Xi Fa Cai oleh masyarakat Tionghua diseluruh dunia hari ini  pelbagai virus Covid 19 terus membunuh diseluruh dunia tanpa tunduk dengan pelbagai vaksin yang ada, rekod terus meningkat apabila kematian dunia melebihi 5,668,015 kematian manakala jangkitan sejak tahun 2019 sehingga ke hari ini terus meningkat melebihi 370 juta orang tanpa mengira jantina serta usia yang diserang virus tersebut. 

Amerika Syarikat terus mencatatkan kematian serangan Covid 19 sejak 2019 sehingga hari ini berjumlah 905,661 orang. 

Ini disusuli negara Brazil yang merekodkan kematian serangan Covid 19 lebih 625,948 orang sejak 2019 dan sehingga hari ini.  

Bagi negara negara maju yang lain seperti India terus merekodkan kematian serangan Covid 19 melebihi 493,218 orang sejak tahun 2019 sehingga hari ini. 

Dua negara yang mencatatkan kematian terbanyak serangan virus Covid 19 ialah Rusia lebih 329,443 orang manakala negara Mexico lebih 305,240 orang sejak tahun 2019 sehingga ke hari ini sempena Gong Xi Fa Cai tahun 2022. 









Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan