Ahad, 13 Februari 2022

MENGAPA INI TERUS BERLAKU 

Oleh. Gason  

Dumiri 
Sabah. Orang asli dalam negeri ini mengingatkan pelancong luar negara agar 
mengenali sebenar  status kaum orang asal yang terdapat dalam kelompok penduduk 
dipelusuk negeri ini agar tidak tersilap budaya warisan yang sebenar. 

Dalam jelajah kru media terkini seluruh negeri bumi dibawah bayu ini terlalu sukar mengenali orang asal atau asli semasa mengunjungi tamu tamu mingguan melainkan mendengar loghat tutur bahasa mereka yang ditemui. 

Menurut orang asli dalam negeri Sabah, tingkah lakunya generasi muda Mudi orang yang meragukan status mereka adalah tidak bersopan disamping terus dibiarkan orang tua mereka berkeliaran di  bandar dan pekan mengganggu harta benda milik awam jelas mereka. 

Sebilangan perlanggaran SOP dalam Sabah juga dilaporkan berpunca dari segelintir warga asing yang mengaku orang asli  dalam negeri ini namun loghat bahasa  mereka amat jauh berbeza dengan warga asli dalam negeri ini. 

Terdapat juga warga asing dalam negeri ini hanya berlagak sebagai orang Sabahan dikalangan penduduk yang tidak mengenali mereka namun bagi orang asli Sabahan golongan terlibat boleh dikesan dengan beberapa cara yang  muda.










Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan