Khamis, 17 Februari 2022

SEMUA LANGKAH GAGAL JIKA MANUSIA LALAI 
Oleh. Williem Anak Lagau 
Mengimbau penularan Covid 19 dengan pelbagai jenama virus diseluruh dunia negara negara membangun perlu bertindak mendidik rakyat jelatanya dalam menjaga SOP khususnya penjarakan setiap hari. 

Selain dari itu amat penting semua lapisan masyarakat memakai pelitup mulut dan hidung setiap hari semasa dikhalayak ramai dan bukan nya sangkut pada dagu pelitup muka yang dipakai. 

Ini disuarakan seorang aktivis masyarakat Sarawak yang dihubungi bagi mengulas peningkatan jangkitan Covid 19 masa kini didalam negara sehingga berlaku lebih 5,000 kes sehari dalam sesebuah negeri walaupun majoriti rakyat sudah lengkap 2 dos suntikan vaksin serta sudah ramai mendapat dos penggalak katanya. 

Diantara tinjauan kru Media Terkini perlanggaran SOP adalah kawasan awam bagai majoriti orang ramai tidak lagi takut dengan nama pelbagai virus covid 19 jelas orang ramai yang ditemui. 

Kebanyakan peniaga dikawasan Tamu Mingguan juga dilaporkan tidak lagi memakai pelitup muka menutupi mulut dan hidung mereka sebaliknya disangkut pada bahagian dagu pelitup muka mereka sepanjang berniaga mendepani pelanggan yang membeli jualan mereka.

Anehnya semua pengumuman kerajaan dalam memutus rantaian covid 19 bagai diketepikan oleh penjual setiap kawasan tamu mingguan yang dilaporkan sekitar Kota Kinabalu seperti Telipok dan Menggatal walaupun ditonton pengunjung Tamu terlibat setiap minggu.

Selain dari itu, orang ramai juga tidak menghiraukan seperti Bas Perhentian, segelintir pemandu Bus Mini gagal memakai pelitup muka dengan hanya menggantung pada bahagian dagu mereka sahaja, ada juga pemandu Bus mini yang memenuhkan bus mini mereka dengan jumlah 13 penumpang sedangkan Covid 19 memerlukan penjarakan diri diantara satu sama lain tegas orang Kota Kinabalu yang ditemui. 

Tidak hairan lah Covid 19 melonjak tinggi angka ribuan orang setiap hari dinegeri Sabah bersaing dengan Selangor sejak beberapa hari lepas namun masih lagi tidak ada kesedaran dikalangan pemandu Bus mini dan penjual tamu mingguan  termasuklah ibu ibu yang membawa anak kecil memasuki kedai kedai runcit penuh sesak tanpa takut penyiaran pesakit Covid 19 masih puluhan ribu sehari seluruh Malaysia ujar orang ramai yang ditemui. 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan