Khamis, 24 Februari 2022

ADA ORANG POLITIK MENDABIK DADA 

Oleh. Unggun Api 

Sabah. Sejak beberapa hari yang lalu banyak ahli parti baharu mendabik dada bila dikerumuni jurugambar bagi merakam logo parti mereka agar mendapat ruang siaran dimana mana ruangan berita sebagai tatapan pembaca yang mahu memilih pemimpin dibeberapa bahagian namun tidak merungkai siapa disekeliling mereka sedang memerhati mampukah mereka mendapat  sokongan penuh dikalangan rakyat pada peringkat akar umbi dalam setiap DUN dan Parlimen Sabah. 

Sebilangan ahli parti politik dinegeri ini juga dilaporkan terlalu taksub menganggap cukup berpengaruh namun jumpa dua pertiga pengundi setempat kawasan yang diwakili belum pasti rakyat kenali.

Ahli parti politik haruslah memiliki pengaruh terhadap semua lapisan rakyat jelata dikawasan yang mereka wakili, sebaliknya jika hanya mempamerkan diri sebagai mewakili kawasan Adun atau Parlimen tanpa bergerak mengenali segenap lapisan rakyat kawasan diwakili impian mereka meraih sokongan undi terlalu jauh dalam mencapai kemenangan pada pilihan raya. 

Majoriti rakyat jelata yang ditemui optimis akan menolak orang parti politik yang tidak mengutamakan segenap lapisan rakyat jelata dalam setiap kawasan yang mereka wakili demi pembangunan serta ekonomi penduduk setempat jelas mereka. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan