Sabtu, 1 Januari 2022

MASAALAH DIBAWA TAHUN BAHARU 

Oleh. Jaitos Dumiri 

Sabah. Ramai warga luar bandar terus membawa masaalah terbiar di tahun tahun sebelumnya dalam era tahun baharu 2022 penuh kekesalan namun dipendam dalam hati mereka selagi termampu bersabar bagi menanti pilihan raya akan datang. 

Antaranya ialah masaalah jalan raya lebih puluhan tahun, rumah rumah rakyat luar bandar berpendapatan rendah gagal mendapat bantuan, masaalah pengemis jalanan, pedagang rokok seludup tidak ada penghujungnya walau silih bertukar ganti kerajaan negeri Sabah masih terus berlaku ujar penduduk yang ditemui dekat sini penghujung tahun 2021. 

Penduduk asli Sabah juga tertanya tanya semua masaalah tersebut entah bila mampu diselesaikan  oleh kerajaan negeri yang silih bertukar ganti pemimpin dalam negeri ini namun masaalah tidak ada pengakhiran nya ujar mereka. 

Majoriti rakyat yang membuang undi setiap kali pilihan raya amat mengharap wakil rakyat yang mereka pilih mampu mendengar suara mereka setiap masa namun masih ada juga wakil rakyat mereka yang memilih rakyat tertentu sahaja didengar suara peribadi mereka sedangkan rakyat yang lain terus diabai suara yang mereka kemukakan ujar penduduk asli yang ditemui. 

Dalam era tahun baharu 2022 wakil rakyat negeri Sabah terus bersikap terbuka menerima suara semua rakyat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri masing masing agar tidak akan terus berpanjangan rungutan rakyat sampai menghadapi pilihan raya akan datang. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan