Sabtu, 22 Januari 2022

PEMBUBARAN DUN JOHOR SIAPA MENDAPAT MANDAT? 

Oleh. Jasly Dollah 

Sebaik sahaja Dewan Undangan Negeri Johor dibubar hari ini, seluruh rakyat negeri yang berdaftar sebagai pemilih merenung pilihan mereka demi membentuk kerajaan negeri yang bersungguh sungguh,  serta membela seluruh rakyat dan membangun negeri kearah yang lebih pesat dalam jangkamasa panjang. 

Kerajaan negeri sebelum ini memiliki 28 kerusi manakala parti pembangkang memiliki 27 kerusi Dewan Undangan Negeri sebaik salah seorang wakil rakyat meninggal dunia menyebabkan BN kehilangan satu kerusi dalam pembentukan kerajaan yang kukuh dan sentiasa stabil dinegeri tersebut. 

Kru Media Terkini yang dihujani pelbagai pertanyaan rakyat seluruh negara hari ini  berhubung kekuatan antara parti komponen BN dengan parti pembangkang masih terlalu samar,   sebaliknya kekuatan pembangkang hampir setara dengan parti kompenan BN serta UMNO bagi negeri Johor dan terlalu sukar membuat ramalan siapakah yang mendapat mandat rakyat selepas pilihan raya kali ke 15 kelak. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan