Selasa, 25 Januari 2022

SIAPA PEMINTA SEDEKAH INI ? 

Oleh. Gason Dumiri 

Inanam. Penduduk tempatan kesal dan jijik melihat grombulan peminta sedekah berkeliaran memasuki premis kedai kopi dan makan bagi mendapat derma dari orang ramai setiap hari dalam keadaan diri mereka kotor berbau tanpa menghiraukan orang ramai menjamu selera bersama keluarga.

Kumpulan terlibat dilaporkan menggunakan loghat bahasa dari kepulauan negara jiran dan marah marah jika tidak diberi wang oleh orang ramai tempat mereka meminta jelas penduduk tempatan yang ditemui. 

Peminta sedekah ini menyasarkan golongan wanita dan warga emas yang berjalan sendirian agar senang mereka meminta dengan cara paksaan  malah tidak akan berjalan selagi golongan mereka meminta tidak menghulur wang pemberian lapor penduduk sekitar Inanam. 

Sehubungan dengan pendedahan ini penduduk kawasan Inanam meminta semua pihak turun padang termasuklah wakil rakyat serta para pemimpin kerajaan yang dilantik,  demi  meninjau kegiatan golongan terlibat setiap hari agar tidak berleluasa secara berkekalan disamping mengelak orang orang tua dan wanita menjadi mangsa peminta sedekah berkenaan. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan