Selasa, 18 Januari 2022

KDMR TERUS BERPECAH POLITIK 

Oleh. Jopis Anak Lagau

Sabah. Kemunculan beberapa parti baru yang bergiat aktif mendampingi rakyat jelata masih menjadi tanda tanya apakah misi perjuangan mereka tanpa sebarang bantuan yang disalurkan terhadap golongan rakyat yang sangat memerlukan. 

Kata kata dan janji manis mereka sedap didengar semasa mendekati rakyat jelata baru baru ini namun tidak ada sebarang sumbangan yang dihulurkan depan rakyat yang sangat memerlukan walaupun golongan ahli ahli politik terlibat berhasrat mahu  bertanding dalam PRU ke 15 akan datang ungkap beberapa rakyat yang ditemui. 

Kru Media Terkini yang cuba menjejaki golongan ahli ahli parti politik sedang melobi mendampingi rakyat bagi meraih sokongan jika terpilih menjadi calon sebagai parti pembangkang lebih banyak menghambur kata kata manis namun menghulur bantuan rakyat miskin terlalu jauh lapor rakyat yang ditemui. 

Majoriti ahli parti politik yang aktif melobi menjadi calon dalam pilihan raya kali ke 15 akan datang terus aktif diseluruh 25 kawasan parlimen dalam negeri ini namun belum didedahkan parti mana mereka wakili terang rakyat yang ditemui.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan