Sabtu, 29 Januari 2022

PEMERGIAN BEKAS TYT SARAWAK SATU KEHILANGAN BESAR 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Kuching. Rakyat negeri Sarawak kehilangan besar pemergian Allahyarham Tun Pehin Sri   Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng yang meninggal dunia jam 11.42 minit semalam di  Pusat Perubatan Pakar  Normah dekat sini. 

Allahyarham yang lahir pada 27 Ogos 1921 telah dilantik menjadi Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sarawak yang Ketiga pada tahun 1977 hingga tahun 1981  manakala  Keenam  pada  tahun tahun 2001 hingga  tahun  2004    banyak memberi idea idea permaufakatan seluruh rakyat Sarawak berbilang kaum dan agama sehingga kekal terus Maufakat sehingga ke hari ini. 

Pemergian Allahyarham Tun Muhammad Salahuddin Abang Barieng diberi penghormatan terakhir di Masjid Jamek Petra Jaya dan perlaksanaan Solat Jenazah sebelum dibawa ke tanah perkuburan Islam Samariang selepas solat Zohor.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun  Pehin  Sri  Datuk Patinggi  Abang Muhammad Salahuddin ialah Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta ramai pemimpin kerajaan negeri Sarawak. 

Seluruh warga Sarawak mendoakan agar keluarga Allahyarham bersabar dan semoga roh nya ditempatkan dikalangan orang orang beriman dan Soleh ujar mereka semasa kunjungan penghormatan terakhir hari ini.  






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur.  Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan