Khamis, 20 Januari 2022

Sorotan Seminggu 

Oleh. Gason Dumiri 

Gempar lagi melihat Lada Putih yang tular sekitar Donggongon berharga RM62.00 sekilo beberapa hari yang lalu. 

Tidak dapat disahkan benarkah berita meluas ini yang dilaporkan sekitar Donggongon Penampang Kota Kinabalu.

Semua pembeli haruslah bijak memilih  barangan yang hendak dibeli sesuai dengan kadar harga yang rendah. 

Selain dari itu kerajaan perlu memantau kadar harga  Lada Putih  sehingga setinggi ini agar tidak memudaratkan rakyat berpendapatan rendah. 


Sejak awal tahun 2022 rakyat Sabah tidak lagi menghiraukan SOP seperti menutup hidung dan mulut dikhalayak ramai termasuklah sebilangan pemandu Bus Mini sehingga menjadi ikutan penumpang disetiap perhentian Bus ujar orang ramai. 

Ramai rakyat Sabah memakai pelitup muka gantung di DAGU tanpa mengira usia antara lelaki dan wanita tanpa segan silu dipandang masyarakat dalam negeri mahupun pelancong luar negara setiap hari. 

Sehubungan dengan kejadian serupa hampir setiap hari dalam Sabah masyarakat asli orang negeri ini menggesa kerajaan Sabah agar turun padang melihat sebenar kejadian perlanggaran SOP demi nyawa seluruh orang asli negeri ini. 

Misteri Kedai Kopi Sabahan yang dilaporkan banyak pekerja wanita asing menghidang minuman panas bercampur air sejuk  menurut aduan beberapa masyarakat asli dalam negeri ini. 

Sebilangan orang asli dalam Sabah melaporkan meminta TEH O panas namun yang dihidang Teh O suam jelas sekali air panas dicampur air sejuk ujar mereka. 

Sehubungan dengan pendedahan ini semua lapisan masyarakat dalam Sabah mahupun pelancong luar negara berhati hati dengan Kedai Kopi menggaji pekerja asing agar dijauhi bagi mengelak minuman panas dicampur air sejuk. 









Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar  ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan