WARGA KECIWA DITAHUN BARU
Sabah. Orang berpangkat langsung tidak menjawab SMS atau panggilan sebilangan warga didalam negeri ini menjelang sambutan Gong Xi Fa Chai termasuklah beberapa pemimpin parti politik tanpa diketahui masaalahnya.
Selain dari itu beberapa pesanan ringkas juga tidak dijawab walaupun pesanan ringkas atau SMS dilihat sampai kepada empunya telipon namun sukar bagi memberi jawapan bagaikan golongan terlibat terlalu tinggi kedudukan mereka berbanding rakyat jelata.
Suara disampaikan oleh Kidisam Alamaid pesara anggota keselamatan yang menetap di Tampaluri sebagai meluahkan kekecewaannya terhadap pemimpin dan ahli parti politik dalam negeri Sabah sejak penghujung tahun 2021 sehingga hari ini.
Menurut Kidisam Alamaid lagi, ada juga bergelar YB dan Datuk bila dihubungi terus dimatikan telipon dan langsung tidak memberi jawapan pada hari hari berikutnya jika mereka terlalu sebok jelas beliau.
Sebagai bekas anggota keselamatan yang berkhidmat mempertahankan negara, orang politik, pemimpin datuk dan YB tidak wajar membelakangkan panggilan mahupun pesanan ringkas memandangkan masa membuang undi dalam pilihan raya semua rakyat jelata sangat berharga dan wajar panggilan dan pesanan ringkas dijawab tegas beliau.
Kru Media Terkini yang menerima aduan beliau cuba menelipon dan menghantar pesanan ringkas serta mesej Watsap namun jelas sekali talian handphone golongan terlibat ditutup malah pesanan ringkas juga tidak berjawab.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan