Khamis, 6 Januari 2022

SAMPAI BILA MEREKA MERDEKA? 

Oleh. Gifkir Aming 

Penduduk Sabah terpaksa menyusun batu bata dari buangan bangunan lama bagi menimbus lumpur jalan raya tanah merah mereka walaupun dilapor sudah merdeka sejak tahun 1963 lagi. 

Kes tersebut dilaporkan berlaku sekitar Kg. Kinabakan Tuaran dimana setiap musim banjir pasti jalan raya masuk kampung mereka penuh Lumpur dan sukar dilalui kenderaan kecil apa tak lagi berjalan kaki pasti kaki akan tenggelam dalam lumpur ujar penduduk setempat. 

Penduduk Kg. Kinabakan merupakan suku kaum Dusun asli Sabah dan penyokong setia terhadap setiap kerajaan yang memerintah Sabah tiap penggal namun jalan raya mereka kurang mendapat perhatian sebaik sesebuah kerajaan negeri membentuk kerajaan Sabah tegas penduduk setempat. 

Adalah menjadi harapan mereka dalam tahun 2022 ini kerajaan Sabah turun padang melihat sendiri keadaan jalan raya mereka supaya dapat diaspal atau disimen konkrit dalam masa terdekat ujar mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan