Oleh. Gason Dumiri
Kota Belud. Kegemilangan Parti Bersatu Sabah (PBS) perlu dipulihkan dengan pemimpin yang teguh, prihatin, bersikap terbuka semua lapisan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama jika mahu menawan kerusi DUN Kadamaian dalam pilihan raya akan datang.
Ahli ahli PBS diperingkat kampung mencadangkan kepada kepimpinan pbs pusat agar memberi ruang terhadap Datuk Herbert Timbun Lagadan bagi menyatupadukan seluruh ahli ahli PBS dan semua pengundi DUN Kadamaian demi meraih kemenangan pada masa akan datang.
Sikap keterbukaan kepimpinan Datuk Herbert Timbun Lagadan Mantan Wakil Rakyat Dun Kadamaian mampu diterima semua lapisan rakyat Kawasan tersebut walau pelbagai bangsa dan agama pada masa kini mahupun akan datang ujar penduduk DUN Kadamaian dalam lawatan Media Terkini beberapa hari yang lepas.
Menurut penduduk kawasan Kadamaian, banyak ahli PBS dikawasan tersebut masa kini bukan mewakili semua suara rakyat setempat malah ada yang sekadar mahu melobi untuk dicalonkan namun belum pasti mereka mendampingi semua lapisan rakyat pengundi DUN Kadamaian terang mereka.
Budi bicara kepimpinan dari Presiden dan Timbalan Presiden PBS bagi memberi ruang semua Datuk Herbert Timbun Lagadan sebagai teraju pemimpin dan calon PBS pada masa akan datang mampu menawan semula kerusi tersebut dari cengkaman parti pembangkang masa kini terang penduduk Kadamaian.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan