Oleh. Koijul Hairul
Kota Kinabalu. Projek Jalan Raya yang dilaksanakan sekitar luar bandar harus memiliki kualiti yang terbaik demi kemudahan seluruh masyarakat kawasan luar bandar dalam jangkamasa panjang.
Golongan pemimpin kerajaan diperingkat bawahan juga perlu memainkan peranan melihat perlaksanaan projek dan disalurkan kepada pemimpin tertinggi kerajaan jika terdapat perkara yang tidak memuaskan sepanjang perlaksanaan projek dalam kawasan masing masing.
Sebaliknya sejak kebelakangan ini pelbagai rungutan penduduk luar bandar mengeluh melihat beberapa pembinaan jalan raya yang langsung tidak memuaskan sehingga tak sampai dua bulan sudah retak memanjang dijalan raya yang diharapkan memberi manfaat kepada orang kampung mereka.
Sehubungan dengan pendedahan ini kerajaan perlu memantau semua projek jalan raya yang dibina agar mampu bertahan melebihi satu tahun dan bukan nya kurang dua bulan sudah retak memanjang ujar masyarakat luar bandar yang ditemui.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan