Isnin, 31 Januari 2022

Oleh. Williem Anak Lagau 

DELEGASI SABAH LAWAT SARAWAK 

Kuching. Permaufakatan kepimpinan kerajaan GPS dengan rakyat berbilang kaum negeri ini menarik perhatian pemimpin kerajaan Sabah melakukan kunjungan kehormat kepada Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia Petra Jaya dekat sini. 

Antara perbincangan diutarakan ialah berkerjasama melaksanakan pertumbuhan ekonomi serta mempertingkatkan kualiti kehidupan rakyat bersama. 

Delegasi Kerajaan Sabah yang diketuai Datuk Seri Panglima Haji Hajijih Haji Noor Ketua Menteri Sabah, diiringi Datuk Seri Bung Moktar Radin Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Jeffery Kitingan Timbalan  Ketua Menteri Sabah, Datuk Joachim Gunsalam Timbalan Ketua Menteri Sabah serta Datuk Kadzim M. Yahya  Speaker Dewan Undangan Negeri  Sabah  dan  beberapa pemimpin kerajaan Sabah yang lain.

Kestabilan politik Gabungan Parti Sarawak juga menjadi tumpuan utama kerjasama dua hala Sarawak dan Sabah kearah mendapatkan hak hak mereka dijamin dalam perlembagaan Persekutuan dalam jangkamasa panjang, parti parti  dalam   kerajaan Sabah  perlu   menumpukan perhatian penuh dengan seluruh  rakyat berbilang kaum demi mengekalkan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi setiap kali pilihan raya antara agenda yang penting bagi mempertahankan perjuangan parti politik memerintah. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan