Isnin, 17 Januari 2022

LEBIH KUAH DARI SUDU ? 

Oleh. Tedung Selar 

Sejak awal tahun 2022 terlalu ramai ahli politiking muncul menjelang PRU kali ke 15, mereka ini umpama menawarkan diri mahu bertanding dalam pilihan raya umum parlimen dengan semangat perjuangan membara. 

Sebilangan masyarakat dalam negeri ini yang ditemui mendakwa ramai pemimpin parti politik terdiri dari KDMR meramalkan mereka bergerak mahu mendekati rakyat agar mendapat sokongan tinggi sebagai calon dalam PRU ke 15 akan datang ujar rakyat jelata yang ditemui hari ini. 

Kru Media Terkini yang berusaha menghubungi beberapa orang yang mendakwa penyelaras tertinggi parti baharu mereka mempamerkan pelbagai dalih semasa mendepani pelbagai pertanyaan yang dilontarkan berhubung perjuangan untuk rakyat jelata akan datang. 

Dalam konteks berpolitik menjelang PRU ke 15 akan datang rakyat Sabah harus bijak memilih calon parti politik yang berperwatakan prihatin setiap masa dan bukan sekadar muncul pada pilihan raya sahaja. 

Sebilangan pemimpin parti politik yang berhasrat mahu menjadi calon pilihan raya juga perlu mempamerkan keprihatinan mereka terhadap semua rakyat dalam tanggungjawab yang mereka tandingi agar sokongan akan memberi kemenangan golongan terlibat. 

Beberapa aktivis masyarakat tempatan melaporkan ramai ahli parti  politik masa kini sekadar memperjudikan agenda parti yang diwakili tanpa mengira isu sokongan kemenangan dari rakyat jelata sehingga hilang wang pertaruhan dalam masa pilihan raya umum ujar mereka. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 






 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan