Sabtu, 1 Januari 2022

AMBANG 2022 HAMBAR 

Oleh. Gifkir Aming 

Sabah. Diambang 1 Januari 2022 sebilangan warga negeri ini melaporkan  sambutan   terlalu hambar bagai  hidup rakyat masih dalam kesusahan  disamping kesempitan hidup yang luar biasa  seperti  tahun tahun sebelumnya tegas mereka. 

Tidak ada kemeriahan dapat dirasai sebilangan rakyat didalam negeri ini  khususnya bagi sambutan tahun baru melainkan duduk sendiri dirumah kediaman masing masing menurut  pengakuan mereka  yang  kekurangan sumber kewangan diambang  tahun baharu 2022. 

Ada juga yang sangat mengharap memperolehi sumbangan bantuan dikalangan mereka yang berkemampuan namun malang sekali sehingga ambang tahun baru 2022 terlalu sedikit yang prihatin menghulur bantuan pada yang memerlukan.

Antara luahan warga miskin di penghujung era tahun 2021 didalam negeri Sabah dengan ramainya bercakap saling bantu membantu namun bagi menghulur bantuan RM100.00 sekalipun sukar ditunggu sampai tahun baru tiba tidak ada penyumbang yang jelas ujar mereka penuh kesal. 

Kru Media Terkini yang cuba mendekati golongan yang sering bercakap amal membantu orang susah mencetuskan tanda tanya berikutan derma RM50.00 sekalipun tidak sudi memberi pada orang yang miskin didepan mata namun bercakap bukan main manis membantu orang susah dengan rakan rakan golongan mewah. 

Sehubungan dengan tahun baru 2022 ini mulut perlu lah bercakap dengan jelas dan terang jika melihat orang susah yang memerlukan bantuan hulur lah penuh keikhlasan tanpa banyak berdalih, agar tidak menyakiti hati golongan miskin sahaja menabur kata beramal membantu fakir fakir  miskin   namun hanya bercakap dimulut sahaja tanpa disertai keikhlasan. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan