Isnin, 15 November 2021


 SIAPAKAH PENGEMIS INI? 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Sabah. Dalam Covid 19 masih menyerang negeri ini peminta sedekah dilaporkan masih berkeliaran sekitar kawasan bandaraya ini setiap hari dengan mempergunakan anak kecil sebagai perisai agar orang ramai lebih bersimpati dengan mereka. 

Benarkah semua rakyat dalam negeri ini tunduk dengan cara mempergunakan anak anak dikalangan pengemis jalanan sudah pasti pelbagai jawapan diberi secara berbeza beza melainkan golongan yang bersekutu dengan pengemis terlibat setiap hari ujar orang asal Sabah.

Pengemis jalanan ini juga dilaporkan tidak berpenghujung serupa juga dengan maklumat penjual rokok seludup yang berkeliaran dipelusuk kawasan bandar serta pekan dengan hanya berbekal plastik hitam atau beg sandang bagi memasuk rokok seludup seharian berkeliaran memenuhi kaki lima ruang bangunan kedai namun tidak siapa menghiraukan mereka sama dengan pengemis jalanan terang penduduk asli Sabahan yang ditemui. 

Sampai bila kedua dua kes Pengemis Jalanan dan Penjual Rokok Seludup mampu dibasmikan terlalu sukar diberi jawapan jika tidak dipertingkatkan usaha bagi membenteras perbuatan seumpama. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan