Oleh. Gifkir Aming
Sabah. Saban hari pengumuman dibuat Tan Sri Dr. Noor Hisyam Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia betapa wajib mematuhi dan melaksanakan SOP setiap masa dikhalayak ramai namun diluar sana orang ramai bagai tak kisah pengumuman yang dihebahkan setiap hari.
Siapakah yang harus dipersalahkan jika berlaku perlanggaran SOP seperti bersesak di pintu masuk kedai perniagaan seperti (Dalam Gambar) hampir setiap hari?, apakah jaminan mereka ini bebas dari virus Covid 19 dan tidak menjangkakan masyarakat sekeliling tentu sekali masyarakat setempat tidak menyedari atau terlalu yakin mereka kebal dari virus covid 19 setelah lengkap vaksin dua hingga 3 dos dengan tidak lagi mematuhi SOP yang disyaratkan pada orang ramai ditempat awam.
Inilah yang berlaku dalam beberapa kawasan pekan pekan kecil sekitar Sabah sejak beberapa hari yang lepas jelas orang ramai tidak lagi menghiraukan SOP penjarakan diri masing masing setiap hari dengan bangga menunjuk kad vaksin lengkap dalam handphone mereka kepada pemilik kedai bila ditegur supaya menjarakkan diri diantara satu sama lain.
Dengan adanya pendedahan seumpama masyarakat yang takut serangan virus pelbagai Covid 19 meminta semua pihak membuka mata bagi mencari jalan penguatkuasaan undang undang serta tindakan setiap melanggar SOP penjarakan diri dikhalayak ramai demi mengawal penularan Covid 19 yang tidak berhenti sehingga kini.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan