Rabu, 10 November 2021


 COVID 19 TERUS MEMBUNUH 

Oleh. Huzera Ben 

New York. Dunia masih bergelut mendepani serangan virus Covid 19 walaupun hampir seluruh masyarakat dunia telah pun lengkap dua dos suntikan pelbagai jenama vaksin termasuklah dos penggalak ketiga sama ada dalam negara maju mahupun tanah air yang sedang membangun. 

Sehingga ke hari ini virus Covid 19 telah meragut  lebih 5,027,562 juta orang diseluruh dunia sejak tahun 2019  lagi manakala  kes jangkitan terus meningkat lebih 248 juta orang orang. 

Sekitar negara Amerika Syarikat telah merekodkan kematian serangan  Covid 19 lebih 768,679 orang manakala Brazil mencatatkan kematian serangan Covid 19 lebih 608,071 orang sejak 2019 manakala negara India mencatatkan kematian serangan Covid 19 lebih 459,203 sementara kematian dinegara Mexico lebih 288,464 orang. 

Negara yang meningkat kes kes Covid 19 masa kini termasuklah Rusia lebih 240,871 kematian, United Kingdom  lebih 140,964 kematian, Itali lebih 132,161 orang, Perancis lebih 117,763 orang.

Negara Indonesia jumlah kematian serangan Covid 19 sudah melebihi 143,457 orang, disusuli negara Filipina lebih 43,404 orang, Thailand lebih 19,338 orang dan Malaysia direkod kematian serangan covid 19 lebih 29,046 orang  





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan