Khamis, 4 November 2021

PENGEMIS DAN ANAK UMPAN 

Oleh. Jaitos Dumiri 

Sabah. Kumpulan pengemis yang dilaporkan  menggunakan budak kecil sebagai umpan meraih simpati orang ramai harus disedari  dan dipantau pihak berkuasa tempatan agar tidak terus berleluasa apa tak lagi jika ianya berlaku sekitar bandaraya seperti Kota Kinabalu setiap hari. 

Dalam konteks penularan Covid 19 ini pengemis jalanan perlu dikawal kebanjiran mereka dikawasan bandar jika  pihak kerajaan tidak mahu rantaian penyakit tersebut melonjak semula dalam sekelip mata akibat pengemis jalanan terus berleluasa sepanjang masa. 

Antara pendedahan masyarakat asli dalam negeri ini yang melaporkan kebanjiran semula pengemis jalanan dibeberapa bandaraya khususnya Kota Kinabalu sejak beberapa minggu lepas dan berterusan sehingga ke hari ini ujar mereka. 

Menurut orang asli dalam negeri ini, kebanyakan pengemis jalanan ini adalah dipercayai orang asing yang tinggal didalam negeri ini dilaporkan menumpang dalam keluarga mereka yang berkerja di sektor swasta dalam negeri ini terang mereka.

Adalah menjadi harapan orang asli Sabah agar kerajaan negeri menggerak semua petugas pemantauan bagi menghalang kebanjiran pengemis jalanan menggunakan kanak kanak sebagai umpan meraih simpati agar lebih banyak pendapatan golongan pengemis terlibat tegas mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan