Ahad, 21 November 2021

BN PERLU KERJA TAWAN PARLIMEN 

Oleh. Koijul Hairol 

Kota Melaka. Langkah BN menawan 21 Kerusi DUN Melaka merupakan satu permulaan yang tidak berpenghujung bagi  BN berkerja memberi penjelasan pada rakyat jelata jika mahu memperolehi undi terbesar dalam pilihan raya parlimen akan datang. 

Kemenangan besar di Melaka mencerminkan rakyat Melaka masih meyakini perjuangan BN walaupun parti lawan BN dari Pakatan Harapan 5 kerusi manakala Perikatan Nasional memperolehi 2 kerusi namun gambaran jelas rakyat matang dalam memilih kepimpinan kerajaan berwawasan bagi seluruh negeri Melaka ujar penduduk tempatan. 

Sebaliknya BN perlu menjelajah setiap negeri bagi menerapkan perjuangan seluruh rakyat berbilang kaum dan agama terutama Sarawak dan Sabah yang dilihat terlalu banyak etnik dan kefahaman agama demi persediaan menghadapi pilihan raya parlimen yang dijangka tahun hadapan jika berhasrat mahu menang besar memperolehi kerusi parlimen yang terbanyak. 

Menurut pemerhati politik, rakyat disetiap negeri mungkin tidak serupa dengan pandangan para pengundi diseluruh negeri Melaka malah ada juga rakyat disetiap negeri masih menanti kunjungan para pemimpin tertinggi BN dari pusat berbanding dengan kepimpinan para pemimpin BN tempatan dalam negeri mereka. 

BN boleh melakar kemenangan besar seperti negeri Melaka namun perlu kerja kuat mendampingi seluruh rakyat disetiap negeri khususnya Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Sarawak dan Sabah ungkap mereka. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan