Isnin, 29 November 2021

APAKAH SABAH BEBAS SOP ? 

Oleh. Jasly Dollah 

Benarkah Sabah tidak 

mengguna pakai SOP penjarakan diri semua orang ramai ditempat awam bermula beberapa hari yang lepas berikutan mana mana tempat awam sentiasa sesak tanpa penjarakan diri diantara satu sama lain?. 

Persoalan ini dikemukakan oleh warga asli negeri ini melihat kejadian tidak ada penjarakan diri lagi orang ramai setiap hari umpama Covid 19 sudah berakhir sehingga orang ramai tidak lagi takut bersesak ditempat awam jelas orang ramai yang ditemui. 

Menurut orang ramai lagi, antara yang sesak tiada penjarakan diri adalah Perhentian Bus dan sebilangan Bus Mini yang penuh sesak sepanjang berjalan diatas jalan raya ujar mereka sangat kesal. 

Siapakah pihak yang bertanggongjawab memantau perlanggaran SOP ditempat awam dan dalam Bus Mini setiap hari ?, ini merupakan persoalan yang mungkin terlepas pandang pihak kerajaan Sabah sehingga perhentian Bus Pengangkutan Awam penuh sesak tanpa takut penularan Covid 19 dipelusuk negeri terang orang ramai. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom  Productions House Kuala Lumpur. Pengarang kitab
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan