Sabtu, 6 November 2021

PERBEZAAN KAWASAN DAN POLITIK 
Oleh. Basron Kirwan 

Sabah. Dua kawasan berbeza di DUN Kiulu dan DUN Kerambunai masih memerlukan pembangunan yang lebih baik khususnya jalan raya sekitar luar bandar dan kawasan tanah  tinggi  sehingga ada kenderaan kecil sukar melintasi jalan tanah merah dan grabol dimusim tengkujuh. 

DUN Kerambunai merupakan kawasan Parlimen Sepanggar manakala DUN Kiulu merupakan kawasan Parlimen Tuaran dimana masyarakat setempat melaporkan masih banyak keperluan pembinaan jalan raya memasuki rumah rumah orang kampung yang terletak kawasan berbukit bukau ujar mereka. 

Menurut penduduk perkampungan tanah tinggi dikawasan Parlimen Tuaran dan Parlimen Sepanggar, Sabah telah dilaporkan mencapai kemerdekaan sejak tahun 1963 namun masih banyak kemunduran dalam aspek jalan raya demi kemudahan penduduk kampung diperkampungan mereka  

Sehubungan dengan pendedahan ini, semua pemimpin parti politik mewakili Parlimen  masing masing harus berkerja penuh kesungguhan  demi memajukan semua orang kampung yang memberi kemenangan kepada mereka setiap masa pilihan lapor masyarakat dikedua-dua dua kawasan tersebut. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuatkan iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan