Khamis, 18 November 2021

PANTAU PERLANGGARAN SOP  

Oleh. Gifkir Aming 

Pembukaan TAMU MINGGUAN sejak beberapa minggu lalu perlu dipantau oleh Kementerian Kesihatan laporan perlanggaran SOP tidak ada penjarakan diri serta dengan sengaja tidak menutup hidung dan mulut dengan pelitup muka setiap hari semasa berada didalam Tamu Mingguan khususnya para penjual walaupun dilaporkan memiliki sukarelawan yang mengawalnya.

Tindakan melanggar SOP dalam lingkungan Tapak Tamu Mingguan seperti laporan pengunjung Tamu terlibat seharusnya dibatalkan tanpa sebarang pengampunan demi keselamatan nyawa semua pengunjung Tamu dari penyakit berjangkit Covid 19 walaupun memiliki dua dos suntikan vaksin namun belum menjamin mereka tidak menukarkan Covid 19 terhadap orang lain yang memasuki Tamu terlibat ujar orang ramai yang ditemui.

Sementara itu ramai pesara keselamatan yang mengunjungi tamu mingguan juga turut mencadangkan jika penjaga tamu mingguan gagal dalam memantau semua SOP elok lah ianya dibatalkan serta merta bagi mengelak Covid 19 terus meningkat tinggi setiap minggu dipelusuk  negeri ini jelas orang ramai. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan dari Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang     
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan