Selasa, 2 November 2021

PRN MELAKA SAMA KUAT ? 

Oleh. Basron Kirwan 

Melaka. Pilihan Raya negeri ini sama kuat Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) dan Bersatu  Perikatan Nasional (PN) namun jika berlaku pertembungan tiga penjuru  BN, PN dan PH sudah tentu rakyat akan keliru siapa calon yang bakal mereka pilih dipusat pengundian. 

Gabungan parti parti dalam komponen BN perlu menjelaskan hubungan dengan PAS yang mengumumkan akan menggunakan lambang Perikatan Nasional sedangkan parti tersebut mendakwa masih bersama dengan UMNO dan Maufakat Nasional namun dalam pilihan raya lambang lain pula digunakan jelas penduduk tempatan.

Bagi PPBM ramai warga negeri ini hairan mengapa mahu bertembung sama dengan UMNO jika mahu menewaskan Pakatan Harapan yang jelas bukan mudah mahu menewaskan antara PKR dan DAP namun lumrah dalam demokrasi pertembungan pasti berlaku jika parti politik tidak ada kesepakatan dalam pengagihan kerusi ujar mereka. 

Bagi PKR dan DAP yang sememangnya mempunyai penyokong tegar masing masing sebelum ini memiliki harapan cerah jika berlaku pertembungan lebih 3 penjuru dalam pilihan raya akan datang jelas penyokong mereka. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur.  Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan