Isnin, 22 November 2021

GPS KEKAL DIHATI RAKYAT 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Kuching. Kebanyakan pengundi bumi kenyalang masih mempertahankan tampok kerajaan Gabungan Parti Sarawak selepas pilihan raya akan datang sebagai mempertahankan pemerintah negeri Sarawak walaupun beberapa kawasan bandar bakal terus dikuasai Parti DAP dan PKR. 

Gabungan Parti Sarawak walaupun terus disokong oleh penduduk luar bandar perlu berkerja turun padang bagi memastikan kemenangan besar dalam pilihan raya negeri akan datang yang bakal mendepani Pakatan Harapan  dan beberapa Parti Pembangkang dalam negeri Sarawak serta Bebas sebagai langkah memecah undi penyokong Parti Gabungan Rakyat Sarawak jelas warga desa bumi kenyalang. 

UMNO DAN BN tidak ada di Sarawak ianya berikutan sebaik Gabungan Parti Sarawak memutuskan keluar dari Barisan Nasional semasa BN tewas dalam pilihan raya ke 14 yang lalu dengan Sarawak membentuk Gabungan Parti Parti yang memerintah negeri tersebut sebagai mempertahankan kekuatan kerajaan negeri dari tekanan parti parti pembangkang serta masa kemenangan kerajaan Pakatan Harapan diperingkat pusat selama 22 bulan sahaja. 

Mampu kah GPS mempertahankan  tampuk kerajaan negeri sebaik pengundian selesai masih terlalu awal untuk diramal memandangkan Pakatan Harapan juga memiliki jentera yang sedia ada dibumi kenyalang ini berbanding UMNO yang tidak memiliki sayap dinegeri ini. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan