Isnin, 1 November 2021

Oleh. Gifkir Aming 

DUNIA ANEH 

Sedang dalam menjalankan kerja membina

kongkrit Jalan Raya Kebayau Telipok tiada menduga pelbagai masaalah telah berlaku disepanjang jalan raya tersebut termasuklah lori terbalik dibawah jalan raya yang curam dan tinggi.

Selain dari itu terkini Lori Pengangkut Simen Basah dilaporkan terbabas ketepi parit tanpa sebab menjelang petang menyebabkan ramai tertanya tanya apakah petanda dengan semua tragedi yang berlaku dibeberapa lokasi sepanjang laluan jalan raya tersebut. 

Menurut sejarah yang diceritakan beberapa warga penduduk kampung tersebut, beberapa lokasi disepanjang jalan raya tersebut mempunyai penjaga didalam ghaib malah telah diakui wargatua penduduk kampung tersebut yang terdahulu menyebabkan ia terlalu keras jika tidak disampaikan terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu pekerjaan disepanjang jalan raya terlibat jelas sebilangan warga kampung yang ditemui. 

Berwaspada adalah antara kunci utama sepanjang masa berada atau melakukan kerja kerja dalam membina jalan raya tersebut agar tidak menjadi mangsa gangguan makhluk yang berkampung sekitar beberapa kawasan sepanjang jalan raya tersebut. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan