Ahad, 14 November 2021

PELIHARA HUBUNGAN KERJASAMA 

Oleh. Norzaitie Kirwan 

Kota Kinabalu. Semua program yang berkisar urusniaga seharusnya  dijalankan penuh kerjasama semua pihak tanpa mementingkan kepentingan peribadi golongan tertentu sedangkan ada pihak dilaporkan cuba diperalat demi menarik perhatian orang ramai  mengunjungi program mereka. 

Malah ramai rakyat jelata melaporkan terlalu ramai orang melaksanakan pelbagai program berkisar perniagaan  namun tidak langsung berkerjasama dengan orang lain bagi memburu keuntungan peribadi semata mata sedangkan orang lain sekadar dijadikan alat sebaran am tanpa membayar usaha mereka menyebarkan program bagi menjemput terbuka semua program yang dianjurkan tegas mereka. 

Dalam tinjauan media terkini atas maklumat rakyat dalam kawasan bandaraya Kota Kinabalu, ramai orang berlumba lumba menganjurkan Tamu Mingguan bagi mengutip cukai setiap peniaga yang datang berniaga namun terlalu jauh lokasi dan terpencil tempat yang dipilih sehingga kurang mendapat sambutan akibat dipercayai sukar mendapat keuntungan. 

Rakyat jelata juga mendakwa selain merugikan urusniaga penularan Covid 19 juga sangat menakutkan orang ramai mengunjungi setiap tamu tradisi yang dicadang pihak penganjur namun segala usaha bersama tidak kesampaian bagi memelihara permaufakatan bersama sebagai rakan usaha niaga jika dipelihara bersama. 

Sehubungan dengan pendedahan ini semua PENJAJA TAMU MINGGUAN perlu meninjau terlebih dahulu lokasi lokasi yang dijadikan TAMU tanpa dipamer secara umum agar tidak ada yang menanggung semua sumber kehidupan  setiap masa.  






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan