Selasa, 16 November 2021

POLITIK PANAS TERKINI 

Oleh. Tedung Selar  Dan Jasly Dollah 

Sabah. Dua kerusi Dewan Undangan Negeri Kadamaian dan DUN Inanam terus panas masa kini berikutan sumber maklumat orang ramai penduduk setempat melaporkan wujud kumpulan melobi diri menjadi calon pilihan raya dan menjadi Ketua Bahagian parti politik setempat bagi menghadapi pemilihan parti terlibat dimasa akan datang. 

Kebanyakan suara terdiri dikalangan para penyokong parti terlibat yang mahu mencuba nasib selaku calon Ketua Bahagian dan mengharap dipilih menjadi calon dalam pilihan raya negeri mahupun parlimen akan datang ujar penyokong mereka masing masing. 

Hasrat mahu melobi menjadi serba boleh calon Ketua Bahagian dan Calon dalam pilihan raya antara impian sebilangan pelobi pelobi pemimpin parti politik yang mendorong mereka meraih penyokong namun tanpa disedari semuanya cuba memperalatkan golongan tertentu bagi mencapai impian mereka tanpa ada sebarang sumbangan terhadap rakyat malah ada yang berhutang antara RM100 hingga hampir RM300 tanpa mampu membayarnya sehingga masa kini. 

Masyarakat berdaftar sebagai pemilih dalam DUN Kadamaian dan DUN Inanam perlu bijak memilih siapa sebenarnya wakil parti yang jujur dan berjiwa membantu semua rakyat dan bukan hanya memburu jawatan semata mata sedangkan rakyat hanya dipergunakan sebagai menyokong dan mengundi mereka dalam memburu segala jawatan yang di idamkan idamkan setiap masa. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran Dan Pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan