Isnin, 30 Oktober 2017

Oleh. Jopis Anak Lagau
PAN PEROLEH SATU ADUN MEMANTAPKAN PERJUANGAN RAKYAT
Sabah. Wakil Rakyat DUN Kepayan YB. Edwin Bosi telah memilih perjuangan tepat berikutan hasratnya menyertai Parti Anak Negeri Sabah (PAN) pimpinan Datuk Henrynus Amin selaku Presiden parti tersebut, keyakinan YB Edwin Bosi merangkap ADUN Kepayan atas tiket DAP merupakan dari terma 5 syarat perjuangan parti PAN berdasarkan kepada sejarah asal Batu Sumpah asli sehingga menjadi simbol perjuangan berani dan taat setia.
YB. Edwin Bosi dijadualkan membuat penyerahan borang rasmi menyertai Parti Anak Negeri (PAN) tanpa syarat pada 2 November 2017 bertempat Buhavan Square Donggonggon Penampang  secara terbuka seluruh lapisan masyarakat negeri Sabah, YB. Edwin Bosi jugamerupakan pemimpin yang berjiwa rakyat sehingga sanggup mengenepikan kepentingan peribadi berbanding luahan rakyat jelata yang mahukan kemajuan walaupun meninggalkan parti yang diwakili selama ini.
PAN juga tidak meragui kepimpinan dan kewibawaan YB. Dr. Edwin Bosi malah rakyat jelata DUN Kepayan turut merestui peralihan parti perjuangan wakil rakyat tersebut demi masa depan yang bersatupadu dalam sebumbung rumah seluruh rakyat jelata Sabah yang berpecah belah fahaman politik, wakil rakyat tersebut juga akan dipertanggongjawabkan menyusun jentera bagi cawangan Penampang sebagai persediaan menghadapi PRU ke 14  walaupun berhadapan dengan parti politik lain umpama pecah dan perintah akibat saling mempertahankan jawatan dan kuasa kuasa individu tanpa mendengan suara rakyat diperingkat akar umbi.
Presiden Parti Anak Negeri Sabah (PAN) Datuk Henrynus Amin berkata demikian kepada Media Terkini Malaysia dalam perbualan telipon sebagai mengulas kemasukan YB Dr. Edwin Bosi dalam perjuangan PAN selepas meninggalkan parti DAP walaupun memegang Timbalan Ketua Perhubungan Dap Sabah semata mata membela rakyat jelata, malah persidangan DUN Sabah akan datang memberi ruang PAN bersuara dalam Dewan menerusi YB Dr. Edwin yang bakal memberi sinar harapan rakyat anak negeri Sabah bersatu dalam payung yang besar satu nakhoda serta satu kapal besar umpama Rumah yang terbina kukuh tanpa sekatan sekatan pihak tertentu seperti perpecahan politik Sabahan masa kini tegas Henrynus penuh kesal.
PAN juga terbuka seluruh keahlian bagi rakyat Malaysia yang lahir di Sabah dengan berdaftar sebagai data pemikir hala tuju serta agenda perjuangan parti PAN yang dikenakan sebagai menarik orang orang penggemar arti politik Anak Negeri Sabah, oleh yang demikian hari ini merupakan detik sejarah penyerahan  YB. Dr. Edwin Bosi akan menyerahkan borang kepada Datuk Henrynus Amin dikawasaan Donggongon antara jam 11.30 pagi hingga jam 2.00 petang Datuk Henrynus Amin memberitahu.
Majlis tersebut terbuka bagi seluruh anak NEGERI sudah ada yang menanti tanpa ada  sebarang paksaan Memasuki PAN DI NEGERI Sabah tegas Datuk Henrynus Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan