Jumaat, 27 Oktober 2017

WARGA PARLIMEN SEPANGGAR MINTA AGIHAN BUJET 2018
Kota Kinabalu. Masyarakat bumiputera asli Parlimen Sepanggar memohon agihan bujet 2018 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen minggu ini, bujet yang diumum setiap tahun tidak sampai kepada penduduk luar bandar Parlimen Sepanggar terutama golongan penduduk bumiputera asli setempat dalam aspek bantuan pekebun kecil, rumah PPRT, bantuan peniaga kecil kecilan, skim bantuan penoreh getah, pembinaan jalan raya rumah kerumah penduduk asli kawasaan Sepanggar walaupun laungan bujet setiap tahun.
Diantara kawasan yang jauh ketinggalan dalam pengumuman bujet kerajaan setiap tahun ialah seluruh kawasan Mukim Telipok Darat, Mukim Menggatal Bukit dan Mukim Inanam Bukit majoriti masyarakat KDM dan Sino Dusun yang menjadi penyokong kerajaan BN sejak 1963 sejarah disimpan oleh para bekas bekas ketua kampung, bekas ketua ketua agama, bekas bekas pengurusi JKKK dan bekas bekas WKAN, masyarakat setempat juga tidak lagi mahu bujet diumum terutama bantuan RUMAH PPRT percuma kepada rakyat termiskin lebih 50 tahun namun tidak kesampaian dalam kawasan tersebut sampai sekarang bak kata orang kampung "kasih sedap hati mendengar saja" akhirnya majoriti warga asing seperti di Telipok Ria RUMAH PPRT warga asing dari negara jiran yang tinggal berbanding KDM dan Sino Dusun masih duduh rumah menanti roboh.
Dalam konteks agihan peruntukan dana kewangan Bujet tahunan kerajaan Persekutuan perlu menghantar pemantau pelaksana disetiap kampung bagi Parlimen Sepanggar dan DUN Inanam khasnya agar semua kewangan BUJET TAHUNAN tepat sampai kepada sasaran berikutan ada petugas yang tidak mengagihkan dana kewangan pada penduduk kampung, kerajaan persekutuan tidak boleh lagi terlalu berharap kakitangan peringkat bawahan yang mengendalikan pengurusan bantuan dana kewangan rakyat termiskin diperingkat perkampungan berikutan lebih 50 tahun berlalu orang kampung terus duduk dirumah usang akibat hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang manakala pemimpin kampung dan pejabat pemimpin setempat saling bermegah dengan rumah baru serta kereta baru tanpa menoleh kepada orang kampung jelas warga kamoung Parlinen Sepanggar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan