Khamis, 5 Oktober 2017





Bujie Tukarang
RAKYAT BEBAS MEMILIH POLITIK MEWAH ATAU?
Sabah. Pemimpin dalam negeri ini bebas memilih halatuju perjuangan politik mereka walaupun bersa pemimpin parti politik tidak memiliki dana sumber kewangan yang sewajarnya demi pelbagai keperluan petugas parti termasuklah perbelanjaan ceramah dan publicity perjuangan, malah ramai orang ahli parti politik pembangkang berani mengakui kelemahan parti mereka yang serba KE kurang an kewangan
sehingga tidak mampu melaksanakan segala jentera kearah menukar parti politik kompenan BN akibat pengurusan sistem kewangan dari teraju para pemimpin politik setempat.
Ahli ahli parti politik pembangkang juga ramai mengeluh akibat kekosongan kewangan tanpa pertolongan dari mana mana badan parti politik yang ghairah mahu menumbangkan kerajaan BN dengan penuh keyakinan mampu menumbangkan parti lawan, namun jika rakyat jelata diberi pilihan untuk disokong sudah pasti seluruh rakyat jelata akan membuat penilaian calon dari parti bagaimana mereka pilih untuk menjadi tampok kerajaan negeri mahupun pusat yang benar benar layak menjadi pemimpin terhadap seluruh lapisan rakyat jelata.
Terdapat juga rakyat jelata mengeluh setiap kali orang politik menyuarakan hasrat mereka menjadi pemimpin beberapa parti politik tempatan namun orang yang bergelar Presiden Parti sentiasa berkata kata tidak memiliki kewangan sebagai membantu rakyat yang jelata yang memerlukan, selain dari itu terdapat juga penduduk luar bandar mempersoalkan bagaimana jentera parti politik memperjuang agenda parti mereka berwawasan membela rakyat serta membangun pembangunan serta ekonomi rakyat jelata mahupun tanah air jika diperingkat awal lagi para pemimpin dan presiden parti tidak memiliki dana kewangan ujar mereka.
Turut mengakui sering mendengar sebilangan kepimpinan parti politik tidak memiliki dana kewangan ialah Egol Onsim Basintal (Membakut) Paranting Lipayan (Tamparuli) Rajimit Gunong (Tuaran) Aloysius Boyou (Penampang), En. Miasin Mion (Kota Belud), berdasarkan kepada pelbagai maklumat rakyat jelata terdapat pertubuhan parti politik langsung tidak memiliki dana kewangan bagi menjayakan pelbagai program meraih sokongan rakyat disetiap kampung bagaimanakah pertubuhan parti politik  mendapat sokongan seluruh rakyat jelata dalam negeri Sabah.
Sama sama lah kita masyarakat hari ini menilai sebenar agenda perjuangan parti politik yang ditubuhkan bermatlamat membela nasib rakyat jelata dan tanah air atau parti politik cari dana kewangan apabila diberi kuasa menerajui tampuk kerajaan lepas pilihan raya, seluruh peneraju pertubuhan parti politik harus bersiap sedia dari mula ianya diluluskan bagu menyediakan sedikit dana kewangan supaya segala kerja yang perlu rakyat jelata buat atau khidmat mana mana syarikat yang diperlukan oleh parti tidak lah tertunggak tanpa pembayaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan