Isnin, 16 Oktober 2017

MANTAN PERDANA  MENTERI MEMPENGARUHI POLITIK DISABAH?
Oleh. Arman Karim
Acuan politik dalam negeri ini tidak pernah melupakan nama Tun Dr. Mahathir Mohamad mantan Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun terutama dikalangan parti pembangkang yang merancang mahu menukar kerajaan negeri dan persekutuan amnya, malah kelantangan Tun Mahathir Mohamad bersuara bagi mengutarakan kebimbangan suara rakyat Malaysia terus menjadi idola serta sokongan rakyat yang perlu ketenteraman jangka panjang. Kemasukan Tun Mahathir Mohamad dalam parti pembangkang jelas memperlihatkan kegusaran sebilangan pemimpin parti kompenan BN terutama sayap diperingkat bahagian yang hilang modal politik bila diasak rakyat berpandukan komen dan ulasan mantan perdana menteri berkenaan, sayap parti kompenan BN di Sahah masing masing membisu apabila media sosial menyiarkan pelbagai isu dalam negara yang menurut pandangan Tun Mahathir terbiar tanpa jentera hagi mengkaji isu isu yang bagai terlepas pandang pemimpin BN setempat masa kini diseluruh negara Malaysia dan Sabah khususnya.
Antara luahan rakyat jelata Sabah yang dibawa oleh Jumais Abdullah dari Kg. Baru Luyang seorang aktivis politik dan masyarakat dalam pertemuan media terkini sabah bagi memberi ruang berfikir politik matang agar tidak membisu bagi mendengar kancah politik manis dibibir namun tidak memberi wawasan rakyat dalam jangkamasa panjang, politik Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak pernah padam dalam minda rakyat khususnya seluruh masyarakat luar bandar yang banyak menerima suntikan bantuan semasa era beliau menarajuai kepimpinan nombor satu negara walaupun kecil namun penuh bermanataat bagi yang menerima ujar beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan