Ahad, 22 Oktober 2017

Oleh. Jasly Dol
SPRM PERLU BERANI DAN TELUS DALAM TUGAS BENTERAS RASUAH
Sabah. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu telus berani dan tidak pilih bulu dalam melakukan siasatan tangkapan serta penahanan semua yang disyaki terlibat dalam gejala rasuah diseluruh negara ini khususnya bagi negeri Sabah agar tidak disalah anggap masyarakat berbilang bangsa dan agama, selain dari itu Datuk Seri Shafie Afdal bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah wajar mendedahkan bagaimana peruntukan berjumlah RM7.5 Bilion dibawah Kementerian nya telah diagih disamping siapakah yang telah diagihkan dan siapa pula menerima faedah kontrak kontrak peruntukan sejumlah tersebut.
Presiden Parti Anak Negeri Sabah (PAN) Datuk Henrynus Amin berkata demikian sebagai mengulas pada sidang Media Terkini bagi mengulas mengenai penahanan dan siasatan terhadap Datuk Seri Shafie Afdal oleh SPRM baru baru ini berkaitan salahguna kuasa dalam perlaksanaan projek pembangunan luar bandar dibawah kekuasaan kementerian beliau semasa menjawat Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Henrynus menambah, seorang sekutu rapat Datuk Seri Shafie sebagai kontraktor  tempatan yang menjadi  Naib Presiden Parti Warisan telah menayangkan kekayaan beliau secara terbuka dan orang ramai boleh membuat andaian bagaimana beliau telah perolehi kekayaan tersebut dalam negeri Sabah.
Dalam konteks penahanan ini, Datuk Seri Shafie Afdal telah mendapat peluang keemasan bagi mendedahkan kebenaran dan memberi kesedaran kepada rakyat Sabah betapa rasuah siapa sebenar dalang nya jika bukan dari segelintir kepimpinan UMNO dan BN amnya, beliau juga mahu SPRM melakukan siasatan lebih jauh semu para pemimpin tertinggi politik BN dimana juga negeri yang disyaki berkaitan perlaksanaan projek 7.5 Billion dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Persekutuan, sebagai badan bebas SPRM haruslah menyiasat semua tuduhan rasuah melibatkan para pegawai kanan awam yang disyaki tanpa memiliki persaan takut serta mengetepikan ganjarnya dimana SPRM mempunyai kuasa menangkap dan menyiasat sesiapa juga yang disyaki tegas beliau.
Datuk Henrynus Amin Presiden Parti Anak Negeri Sabah yakin jika tertuduh tidak bersalah pasti akan mendapat kebebasan juga akhirnya  walaupun ada mengaitkan pemimpin parti pembangkang menhadi sasaran SPRM dimana ianya mencerminkan pandangan negetif kumpulan politik pembangkang dan parti memerintah BN amnya.
Selain dari itu, kesibukan SPRM diambang Pilihan Raya ke 14 ini bagi menahan, menyiasat  menimbulkan persoalan dimana dahulu masa dalam kerajaan BN terutama berjawatan tinggi  bagai tidak terkesan kes tersebut, namun jika SPRM mempunyai ketelusan dan keberanian berhadap siasatan pelbagai aspek tanpa tunduk dengan kuasa besar disamping bertindak cara konsisten tanpa pilih kasih pastinya PAN akan terus memberi sokongan pada badan bertindak tersebut.
Parti Anak Negeri Sabah mahukan SPRM menggunapakai peraturan dan prosidur yang betul serta melindungi hak dan maruah mereka yang ditangkap dan ditahan siasatan selagi helum dibuktikan bersalah golongan yang ditahan, malah PAN sama sekali tidak mempertahankan golongan pesalah rasuah setelah golongan terlibat didapati bukti bukti bersalah namun jangan sampai berlaku orang belum bersalah dijadikan sasaran tangkapan sebagai mangsa korban berdasarkan pada andaian semata mata sumber maklumat orang politik berkuasa jelasnya.
Penangkapan kes Rasuah berprofail tinggi sejak beberapa bulan lalu telah menjejaskan nama baik negeri Sabah dimana seumpama negeri ini telah dianggap skandal rasuah dimata umum, sudah sampai masa nya Sabah memerlukan KERAJAAN BARU berdasarkan kepada kehendak suara ramai rakyat Sabah yang mahu kerajaan bersih adil bertanggongjawab prihatin adil  dalam pembelaan rakyat Sabah tanpa rasuah.
DATUK HENRYNUS AMIN PRESIDEN PARTI ANAK NEGERI SABAH TEGAS BERANI BERTANGGONGJAWAB DALAM SEMUA HAL PERJUANGAN PARTI POLITIK SEJAK SEKIAN LAMA. NAMUN BELIAU ADALAH PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT MUDA MENGUKIR SENYUM SETIAP KALI BERJUMPA RAKYAT JELATA TANPA MENGIRA BANGSA DAN AGAMA.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan