Khamis, 19 Oktober 2017


Oleh. Nor Abdullah/Williem Anak Lagau
BEKALAN TENAGA LETRIK TERPUTUS RAKYAT RUGI BESAR
Telipok. Puluhan kampung terputus bekalan tenaga letrik dua hari dua malam mengalami kerugian besar berikutan pelbagai jenis ikan musnah sebagai bekalan makanan dua kali sebulan, bayangkan setiap rumah menyimpan bekalan ikan basah untuk dua minggu dalam keluarga ramai tentunya nilai terlalu besar dalam jumlah puluhan kampung terlibat putus bekalan tenaga letrik.
Perkampungan kawasan Telipok Darat terbahagi dalam dua kawasan antara Parlimen Tuaran dan Parlimen Sepanggar manakala kawasan DUN pula termasuk DUN Inanam, DUN Kiulu serta ada juga termasuk dalam DUN Sulaman serta DUN Tamparuli masyarakat terlibat keciwa tanpa ada yang melawat mendengar rintihan penduduk setempat, selain dari itu para pemimpin parti politik yang juga mengharapkan sokongan rakyat kawasan Telipok Darat antara BN mahupun seluruh parti pembangkang sekitar juga tidak ada bayangan kemunculan mereka menemui rakyat sejagat bagi mendapat maklumat pelbagai keperluan rakyat yang terbaik jika wujud pemimpin prihatin membantu orang ramai.
Selain masaalah terputus bekalan tenaga letrik 2 hari 2 malam  beberapa laluan jalan raya juga terputus dengan banjir lumpur serta air sungai banjir menenggelami beberapa batang jalan raya antara kawasan Parlimen Tuaran dan Parlimen Sepanggar,  ini merupakan tanggongjawab pemimpin kerajaan diperingkat bawahan termasuk para pemain politik Parti  Pembangkang yang sentiasa menyalahkan kerajaan walaupun terlalu banyak masaalah rakyat namun masih kekal yang terbiar umpama terlepas pandang ujar penduduk mukim Telipok Darat.
Media Terkini juga Borneo juga dihujani pelbagai panggilan masyarakat Telipok Darat meminta Kerajaan pusat turun padang melawat masaalan bekalan tenaga letrik yang sudah 2 hari 2 malam tidak mendapat bekalan tenaga letrik walau telah berulangkali dibuat laporan terhadap semua pihak berkuasa tempatan namun tidak ada tindakan memperbaikinya jelas masyarakat mukim Telipok Darat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan