Selasa, 24 Oktober 2017



Oleh. Jasly Anak Dollah
BAJET 2018 DUN KADAMAIAN TUNGGU AGIHAN PERUNTUKAN
Kota Belud. Bajet 2018 yang bakal dibahas di Parlimen Oktober ini terus memberi harapan rakyat kawasan Dewan Undangan Negeri Kadamaian agar mendapat agihan kewangan bagi menjana pembangunan dan ekonomi masyarakat setempat, selain dari itu bajet 2018 juga mampu memberi keyakinan rakyat memberi sokongan padu betapa keprihatinan seluruh pemimpin BN Sabah amat menitikberatkan pembangunan dan ekonomi  rakyat walaupun terpaksa menuntut kewangan diperingkat kerajaan pusat demi rakyat jelata setempat.
Masyarakat DUN Kadamaian juga tidak pernah diabaikan walaupun ianya dimenangi oleh Parti Keadilan pada PRU ke 13 yang lepas namun kepimpinan PBS BN terus menggalas tanggongjawab mendepani tuntutan rakyat tanpa merasa putus asa walaupun serba kekurangan dana kewangan kearah membangun keperluan rakyat setiap masa, masyarakat DUN Kadamaian masih setia menyokong kerajaan BN selagi para pemimpin yang telah dipertanggongjawabkan peka dan prihatin terhadap pelbagai permasaalahan rakyat setempat terutama dalam pembangunan dan aspek ekonomi rakyat jelata terutama sekitar luar bandar dan dengan bujet 2018 ini masyarakat DUN Kadamaian serta Parlimen Kota Belud mendapat manafaatnya.
Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM)  Dun Kadamaian En. Daimin Sulukan berkata demikian dalam sidang media terkini sebagai mengulas pembentangan bajet 2018 di Parlimen masa kini agar rakyat Sabah dan Parlimen Kota Belud dapat menerima segala usaha murni Kerajaan dalam memacu pembangunan dan ekonomi rakyat jelata, sebagai PPM Daimin Sulukan optimis rakyat berpendidikan mampu berfikir dengan matang betapa bijak dan matang dasar yang dirancang oleh kerajaan BN masa kini kearah negara dan rakyat maju seiring dengan merebut segala peluang yang disediakan tanpa berfikir pelbagai perbezaan sokongan parti politik yang berlumba lumba mencari sokongan rakyat demi memenangi undian rakyat jelas beliau.
Rakyat DUN Kadamaian harus bijak dan matang bagi meneruskan legsi pembangunan kerajaan BN masa kini jika masih memerlukan agihan pembangunan  dan ekonomi berkekalan agar mampu bersaing dengan kemajuan bangsa bangsa lain dalam negeri mahupun luar negara tegas PPM Daimin Sulukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan