Ahad, 16 Jun 2019

 BATEQ TEMIAR DUA ETNIK BERBEZA
Oleh. Basron Kirwan
Gua Musang. Kepercayaan dua etnik Bateq dan Temiar jauh berbeza dalam kehidupan mereka namun dari keaslian Bateq adalah tergolong lebih terserlah keaslian mereka, Temiar jelas sudah menerima era perubahan apabila ada keluarga mereka meninggal sudah menggunakan proses pengkebumian ditanah perkuburan yang dikhaskan berbanding Bateq masih guna sistem menyimpan mayat diatar para yang dibina diatas pokok kayu besar.
Selepas siap para dibuat ianya dilapis alas tikar mengkuang sebagai keselesaan mayat diatas para sebelum keluarga simati bergerak 20 meter bagi upacara ritual memagar para simati,  ianya dilakukan mengikut jampi yang diwarisi dari keturunan moyang mereka agar tidak ada sebarang gangguan terhadap mayat simati terutama binatang pemangsa ditengah hutan walaupun ada sudah suku bateq beragama Islam masa kini namun pegangan adat warisan keturunan masih dipegang oleh suku tersebut.
Suku Bateq memiliki kelebihan didalam hutan apabila bergerak berjalan sememangnya terlalu 
 pantas dan sukar dikejar ditengah hutan walaupun hanya berkaki ayam
tanpa selipar atau kasut sememangnya tidak bermasaalah berjalan kaki ditengah hutan.
Satu kelebihan orang suku Bateq ialah mampu menyeberang sungai bagi menyimpan mayat diatas para pada dahan pokok diatas ketinggian melepasi 6 kaki dari tanah dimana belum terungkai bagaimana menyeberangi sungai tanpa sampan atau perahu ujar etnik Temiar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan