Selasa, 18 Jun 2019

LAGI NELAYAN HILANG
Oleh. Jasly Dolah
Sabah. Isu kehilangan 10 nelayan perairan kawasan Tambisan bersempadan Tawi Tawi masih lagi dalsm siasatan pihak Polis walaupun besar kemungkinan nelayan terbabit diculik kumpulan Abu Sayyaf, kejadian dilaporkan berlaku antara jam 2.00 hingga 3.00 pagi semasa perintah berkurung berjalan namun tidak dapat dipastikan status kerakyatan nelayan terbabit setakat ini berikutan ketiadaan sumber maklumat yang lebih terperinci.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah mengesahkan kehilangan nelayan terlibat namun tidak ada sebarang maklumat terperinci  berhubung nama nama nelayan yang hilang.
Sehubungan dengan kejadian terbaru ini kumpulan Abu Sayyaf masih lagi suspek dalang utama pelaku penculikan namun tidak dapat dipastikan dimana keberadaan 10 nelayan tersebut masa kini, majoriti orang asal dan anak negeri Sabah mencadangkan perintah berkurung dipantai timur Sabah dikekalkan tanpa bertempuh seperti masa sekarang ujar mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan