Jumaat, 7 Jun 2019

 Oleh. Williem Anak Lagau
Sarawak. Gempar siaran akbar rempatan (Utusan Borneo Sarawak) dengan penemuan telur ayam ganjil hari ini sempena Gawai Dayak namun ianya merupakan satu kekuatan kepercayaan masyarakat setempat betapa masih wujudnya mahluk ghaib dipersekitaran kediaman mereka, dengan kepercayaan etnik mereka setiap ada perayaan diwajibkan membuat pembacaan mentera bagi menghalau mahluk ghaib agar tidak mengganggu para penghuni rumah berkenaan sepanjang merayakan hari Gawai masyarakat dinegeri Sarawak.

Sabah. Ilmu Sihir merupakan sinonim amalan dikalangan masyarakat tempatan (Belum Ada Agama) dibeberapa daerah dalam negeri ini, tujuan utama adalah membinasakan sesiapa juga orang yang mereka dengki akibat peningkatan taraf ekonomi, kelebihan daya berfikir mencari sumber kehidupan, nampu memperbaiki rumah kediaman berbanding dengan pihak yang memiliki ilmu Sihir.
Antara Ilmu Sihir yang kuat adalah cara pembakaran, cara taburan langkah dan telur ayam kampung dimentera menggunakan Jin untuk dipersembahkan dimana jika badan kosong tanpa pendinding dari Allah swt pasti akan sakit atau meninggal dunia.
Namun semua ini boleh diatasi melainkan termakan sememangnya sukar disembuhkan jika lambat mendapat rawatan dari pakar penawar Ilmu yang ditauliahkan kepakaran mereka oleh pihak berkuasa agama masing masing jelas masyarakat tempatan dalam negeri ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan