Isnin, 17 Jun 2019

ANAK JATI LIMBANG JATUH BANGUNAN HARAP DISIASAT
Oleh. Williem Anak Lagau
Isu Suzan Seah yang jatuh dikompleks beli belah di Kota Kinabalu Sabah perlu diserahkan kepada pihak Polis bagi menyiasat semua aspek termasuklah dilot lot parking tingkat atas bangunan tersebut, ini penting bagi meneliti aspek kejadian dimana bangunan terlibat memiliki kawalan keselamatan dilaporkan ada latihan namun kemalangan seumpama boleh berlaku sedangkan sumber maklumat setiap tingkat bangunan terlibat dikawal oleh pengawal keselamatan.
Selain dari itu semua rakaman CCTV disetiap tingkat bangunan terlibat juga perlu diserahkan kepada pihak polis bagi mengkaji pelbagai aspek sebelum kejadian, malah warga Limbang kampung halaman mangsa mengharap kes seumpama diberi siasatan terperinci memandangkan mangsa adalah seorang wanita memungkinkan pelbagai andaian boleh berlaku.
Menurut maklumat orang asal anak negeri Sabah terdapat sesetengah firma keselamatan dalam negeri ini kerap mengambil pengawal tambahan sambilan pengganti pengawal terlatih mereka ketika bercuti akibat kekurangan anggota, malah ada juga orang asal anak negeri Sabah mendakwa melihat pengawal keselamatan beruniform berbual rancak dengan warga asing berdasarkan loghat bahasa yang diguna pakai semasa bertugas dibangunan berkenaan tegas mereka.
Diharap kes ini mendapat penyiasatan terperinci dari pihak berkuasa tempatan demi penerimaan bagi keluarga mangsa, selain dari itu pelawat dari luar Sabah haruslah berhati hati ketika memasuki kompleks membeli belah walaupun memiliki pengawal keselamatan demi keselamatan nyawa sendiri.

1 ulasan:

  1. Ya saya setuju jika pengurusan bangunan itu teliti semula keselamatan bangunan termasuk perkhidmatan kawalan keselamatan tu. Suzan merupakan kenalan FB yang agak rapat walaupun baharu kenal. Kami tak pernah berjumpa tapi kalau beri komen dan posting mmg berkicau2...

    BalasPadam