Jumaat, 14 Jun 2019

Sudut pandangan
SETIAP NEGERI DIMALAYSIA BERBEZA PERUNDANGAN KECIL
Berdasarkan kepada rang undang undang kecil mengikut setiap negeri sememangnya ada perbezaan terutama Sarawak dan Sabah, tidak hairan lah terdapat pelbagai pandangan dikeluarkan oleh masyarakat setempat berhubung isu Zakir Naik diperlukan olen negara asal beliau India berkaitan tuduhan penggubahan wang haram dimana telah menggemparkan dunia sejak kebelakangan ini sehingga ada yang mengutip jutaan tanda tangan melindunginya.
Kebanyakan persoalan yang disuarakan rakyat ialah mengapa orang dalam buruan pihak berkuasa pemerintah negara India masuk Malaysia dengan menggunakan pasport kini menjadi penduduk tetap dalam negara Malaysia sedangkan dalam buruan pihak berkuasa India dan kini ada pula pihak melindungi sebelum diadili dinegara asal beliau tegas orang ramai yang berkecuali dengan beliau.
Menurut masyarakat anak anak Malaysia sejati yang menemui kru media jika rakyat kita yang mempunyai kes untuk dibicarakan dan melarikan diri keluar negara hampir setiap hari kita bersuara minta pihak terlibat menyerah diri, demikian juga bagi negara negara asing yang terdapat rakyatnya status untuk dibicarakan dan berlindung dinegara lain khususnya Malaysia pastinya pihak berkuasa negara terlibat berhak memanggil rakyatnya untuk menghadiri perbicaraan berkenaan agar dibuktikan status kebenaran nya. Oleh. Hujera Ben

Tiada ulasan:

Catat Ulasan