Sabtu, 8 Jun 2019

Oleh. Huzera Ben
JALAN JALAN KAMPUNG DHAIF DIMANA BERTANGGONGJAWAB?
Sabah. Rakyat luar bandar terus mengeluh berikutan sudah setahun PH dan Warisan menjadi kerajaan Sabah namun tidak nampak usaha mereka memperbaiki dan mengaspal jalan yang sangat merlukan, berdasarkan aduan rakyat ada jalan raya masa kini sudah menjadi ALUR AIR UMPAMA SUNGAI namun tidak ada pemimpin yang turun padang melihat pelbagai masaalah di kampung kampung terpencil ujar rakyat yang menemui media hari ini.
Menurut rekod disetiap Dewan Undangan Negeri terdapat Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) yang mewakili wakil rakyat meninjau seluruh perkampungan disetiap kawasan mereka namun rakyat gagal melihat mereka, kemelut seumpama bukan sahaja menyebabkan kampung terbiar malah rakyat miskin juga gagal diketahui oleh wakil rakyat sedangkan kakitangan yang dibayar gaji bulanan terus tersenyum bangga tanpa perlu melawat kawasan tanggongjawab mereka ujar orang kampung.
Media Terkini terperanjat bilamana menerima jalan
raya yang sudah menjadi ALUR AIR menyerupai anak sungai tanpa pembaikan, bayangkan jika laluan ini terus dibiarkan oleh kerajaan Sabah berlanjutan mungkin orang kampung akan kembali berjalan kaki seperti 1960 an dahulu akibat kenderaan tidak mampu lagi melalui jalan jalan terbiar.
Sama sama kita mempertimbangkan keluhan rakyat terutama orang kampung berkaitan isu jalan raya agar tidak menunggu sampai putus hubungan baru pemimpin sampai kampung dimusim pilihan raya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan