Isnin, 10 Jun 2019

PRU KELIMA BELAS SIAPA TAWAN DUN INANAM?
Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pakatan harapan sudah berusaha mempertahankan kerusi DUN Inanam dari PRU ketiga belas dan keempat belas menerusi YB. Roland Chia dan YB. Kenny Chua, suara suara diperkatakan dari penyokong penyokong kedua dua pemimpin tersebut Ketua Cabang PBS PKR dan Ahli Dewan Undangan Negeri Inanam PKR mendakwa kurang permaufakatan pemimpin berkenaan namun dikalangan ahli ahli diperingkat bawahan sendiri pula masing masing enggan bersemuka dengan pemimpin atasan mereka bagi meluahkan kemusykilan mereka terhadap kedua dua pemimpin mereka.
Media Terkini yang
cuba berusaha menghubungi kedua dua pemimpin berkenaan gagal berikutan talian telipon dan watshap tifak sampai malah tidak berjawab dipercayai kesibukan dengan tugas masing masing, bagi pihak parti parti pembangkang kawasan tersebut juga enggan menyambut bila talian dihubungi disamping watshap juga tidak berbalas walaupun kru media terkini silih berganti cuba berhubung dengan beberapa pemimpin parti pembangkang setempat sejak sebulan yang lepas.
Ramalan Dun Inanam PRU kelima belas terlalu sukar menentukan parti mana yang menjadi calon menang pilihan raya memandangkan terlalu senyap gerakan mendampingi masyarakat setempat masa kini, apapun percaturan politik antara PH WARISAN dengan kumpulan parti pembangkang Dun Inanam memerlukan pendekatan terhadap rakyat jelata secara berkekalan dan bukan bermusim setahun sekali umpama menunggu buah buahan bermusim sekali dalam setahun jelas warga setempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan