Selasa, 25 Jun 2019

SUARA PERWIRA LOK KAWI JANGAN DIUSIK
Oleh Huzera Ben
Sabah. Hasrat mahu memindakan Kem Lok Kawi ke kawasan pantai timur negeri ini dalam kawasan Lahad Datu perlu dibatalkan, langkah terbaik adalah menukar nama kawalan Esscom dengan Markas Tentera Pertahanan yang diketuai oleh seorang Panglima yang bertauliah tanpa menggunakan petugas awam demi memantapkan pertahanan menghadapi Abu Sayyaf yang tidak putus putus menculik.
Markas Kem Lok Kawi biar lah tersergam dipusat bandar Ibu Negeri Sabah sebagai lambang kemerdekaan Sabah pada 1963 dan jika ditukar Esccom kepada Markas Pertahanan Tentera kakitangan dari Kem Lok Kawi boleh dipinjam bagi mencurah bakti dalam Markas Pertahanan Tentera,  hanya Tentera DiRaja Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia sahaja mampu membentuk rangkaian membenteras Avu Sayyaf tanpa dicampur aduk petugas awam jika mahu membasmi Abu Sayyaf dan tali barutnya dalam jangka masa panjang tegas kumpulan pesara Tentera dan Polis yang menghubungi Media Terkini hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan