Sabtu, 22 Jun 2019

ISU PEMBEBASAN 10 NELAYAN?
Lahad Datu. Kumpulan penculik dipercayai Abu Sayyaf yang membebaskan 9 dari 10 nelayan yang diculik menjadi tanda tanya adakah penculik terlibat silap memilih sasaran untuk diculik atau ada cerita disebalik penculik dan mangsa diculik?, kemelut pembebasan mangsa diculik juga tidak memeranjatkan setiap keselamatan negara memandangkan tidak jauh beza antara penculik dan mangsa diculik loghat bahasa mereka tetap sefahaman dan diyakini penculik tidak akan memperolehi bayaran tebusan jika mereka terus menuntut membuatkan ia dibebaskan.
Sungguhpun 9 telah dibebaskan menurut sumber kenyataan pasukan keselamatan Filipina namun terdapat seorang lagi dari kumpulan diculik belum diketahui nasibnya, namun amat jelas penculik terlibat bagai ada sumber maklumat dalaman bagi kawasan pantai timur Sabah khususnya orang awam yang hidup golongan nelayan walaupun bukan secara keseluruhan ujar orang ramai.
Pasukan keselamatan pantai timur negeri Sabah perlu mengambil langkah langkah khas bagi menyiasat kes penculikan khususnya suku etnik yang diculik agar memperolehi pelbagai jawapan tepat, malah golongan masyarakat yang bukan tergolong nelayan tetap harus lah berhati hati agar tidak menjadi mangsa culik dalam jangkamasa panjang apa tak lagi tragedi seumpama berlaku awal pagi disamping etnik diculik pemegang borong borong jelas orang ramai. Oleh. Jasly Dolah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan