Rabu, 12 Jun 2019

PEKAN SEPI SUKAR BERNIAGA
Oleh. Norzaitie Kirwan
Tuaran.   Kewujudan jalan baru baypass Kota Keningau Tambunan tembus ke Kiulu dan Kundasang membuatkan Tuaran menjadi pekan sunyi sepi setiap hari melainkan hari ahad sebagai Tamu Mingguan, selain dari itu jalan raya KK baypass Gayang ke Kota Belud dan Kudat juga punca peniaga peniaga kedai malap dan dilaporkan telah banyak sudah peniaga kedai menutup permis akibat kekurangan pelanggan dari Isnin hingga Jumaat setiap hari jelas penduduk setempat.
Usaha Media Terkini membuat tinjauan peniaga kedai pekan Tuaran hanya berjaya menemui dua tiga kedai hari ini dengan ulasan bakal menutup permis perniagaan dalam sefikit masa lagi, sementara beberapa warga KDM yang cuba dihubungi bagi memperolehi temujanji mengulas masaalah pekan Tuaran sunyi sepi gagal berikutan pemimpin parti politik KDM gagal menampilkan diri dalam temu janji yang dirancang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan